Cari @ Amanz

Ura-ura mengenai pelancaran kad grafik baru oleh AMD nampaknya bakal menjadi kenyataan dengan pihak AMD mengesahkan bahawa mereka akan memperlihatkan beberapa produk baru berkenaan siri kad grafik di acara Gamescom yang akan berlangsung pada minggu hadapan.

Pengumuman ini dilakukan oleh ketua bahagian AMD Radeon, Scott Herkelman yang mengatakan bahawa produk baru akan diumumkan pada 25 Ogos kelak sewaktu acara tersebut.

Dua kad grafik baru yang dijangka akan diumumkan oleh AMD ialah AMD Radeon RX 7800 XT dan juga AMD Radeon RX 7700 XT, yang dijangka akan memenuhi permintaan untuk kad grafik kelas prestasi pertengahan yang bukan daripada NVIDIA.

Dalam pada itu ia juga dijangka bahawa mereka akan memperkenalkkan teknologi olahan grafik terbaru mereka, AMD Fidelity FX Super Resolution 3.0 (FSR 3.0) mereka juga di acara ini, dimana ia juga akan dilancarkan pada bulan yang sama. Teknologi FSR 3.0 mengolah grafik pada resolusi lebih rendah, dan menggunakan kecerdasan buatan untuk meningkatkan resolusi dan kualiti olahan apabila dimainkan pada resolusi yang lebih tinggi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd