Cari @ Amanz

Time, syarikat pembekal internet gentian optik untuk bangunan tinggi tempatan hari ini telah membuka pra-pendaftaran untuk pelan internet gentian optik terbaru mereka, iaitu Time Gig Speed Home Package.

Apa yang diketahui mengenai pelan tersebut buat masa ini ialah ia akan hadir dengan sambungan internet sepantas 1Gbps dan menggunakan khidmat kelengkapan FTTR (Fibre-to-the-room) oleh Huawei untuk memastikan bahawa seluruh ruang apartmen ataupun kondominium anda mendapat liputan internet dengan kelajuan penuh yang ditawarkan melalui sambungan WiFi dan juga berwayar.

Tidak banyak butiran yang diketahui mengenai penawaran komponen oleh Huawei, tetapi melihat kepada laman web Huawei FTTR, ia dijangka bahawa Huawei akan membekalkan kelengkapan modem dan penghala WiFi 2-dalam-1 yang menggunakan teknologi WiFi 6.

Dari laman pra-pendaftaran ini, terdapat beberapa butiran menarik yang telah diminta selain daripada butiran peribadi, termasuklah saiz rumah dalam kaki persegi (pilhan dari 1000 ke 2000 kaki persegi), dan juga jumlah bilik didalam rumah tersebut.

Buat masa ini, butiran seperti harga dan lokasi penawaran pelan ini tidak diketahui lagi, tetapi melalui laman pra-pendaftaran, ia dilihat bahawa pelanggan Time sedia ada dan pelanggan baru juga boleh mendaftar untuk pelan ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd