Carian
Chrome Akan Mulakan Eksperimen Mengutamakan Penggunaan HTTPS Untuk Pelayaran Web
August 17, 2023 Aman

Google melalui Chromium kini memaklumkan para pengguna, menyatakan akan mengaktifkan penggunaan HTTPS kepada semua pengguna pelayar web mereka tidak lama lagi.

Pada hari ini, lebih 90% penggunaan Chrome melibatkan laman-laman HTTPS, dan terdapat sekitar 5%-10% pelayaran yang melibatkan laman-laman HTTP. Buat masa ini, Chrome sekadar memaparkan amaran pada bar URL, menyatakan laman berkenaan tidak disulitkan dan pelayaran berkenaan mungkin terdedah serta mempunyai ancaman sekuriti.

Google HTTPS

Bergerak kehadapan, kemaskini automatik akan mula diimplementasikan bermula Chrome 115, dimana semua pautan http:// akan dibawa kepada https:// secara automatik terlebih dahulu. Namun, sekiranya laman berkenaan tidak menawarkan sokongan https (seperti ketiadaan sijil dan sebagainya), maka Chrome akan membawa pelayaran ke laman dibawah http://.

Google menyatakan walaupun ia mungkin tidak menawarkan perlindungan sepenuhnya, tetapi langkah ini akan mula mengutamakan penggunaan HTTPS terlebih dahulu dalam usaha memberikan perlindungan kepada pengguna. Google juga turut akan memberikan amaran dan notifikasi tambahan apabila pengguna melakukan muat-turun melibatkan laman-laman http://.

Komen