Cari @ Amanz

Microsoft melalui Windows 11 sedia menambah sejumlah ciri-ciri yang digemari pengguna. Ini termasuk kebolehan untuk pengguna membuang beberapa aplikasi yang hadir terbina melalui sistem operasi tersebut.

Kini, melalui versi pembangunan terbaru Windows 11, Microsoft membolehkan pengguna nyah-pasang dan membuang lebih banyak aplikasi yang hadir terbina pada sistem operasi tersebut.

Selain aplikasi Camera dan Cortana, kini pengguna turut boleh membuang aplikasi Photos, People, dan juga Remote Desktop Client (MSTSC) yang hadir terbina pada Windows 11.

Ini sekaligus memberikan lebih kawalan kepada pengguna, termasuk memberikan lebih storan pada peranti pengguna dengan membuang koleksi aplikasi yang hadir terbina tetapi mungkin tidak digunakan.

Kemaskini ini dijangka akan hadir pada versi Windows 11 akan datang kepada semua pengguna seluruh dunia.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd