Carian
WhatsApp Mula Memperkenalkan Ciri Menghantar Gambar Resolusi Tinggi (HD) Kepada Semua
August 17, 2023 Aman

Mark Zuckerberg hari ini mengumumkan pengenalan penaik-tarafan dalam menghantar gambar melalui WhatsApp, iaitu sokongan menghantar gambar pada resolusi tinggi atau dikenali dengan nama HD di WhatsApp.

Sebelum ini, pengguna kebiasaannya perlu menghantar gambar dalam bentuk dokumen untuk menghantar gambar pada kualiti atau resolusi tinggi. Melalui perubahan ini, pengguna dengan mudah boleh melakukannya dengan memilih penghantaran gambar, dan tekan pada label HD ketika menghantar.

Ini sekaligus memudahkan lagi proses menghantar gambar kepada pengguna lain pada kadar resolusi tinggi. Pengguna juga akan dimaklumkan dengan kadar resolusi yang akan dihantar ketika memilih pilihan HD ini.

Ciri baharu ini telah mula diperkenalkan kepada semua dan dijangka akan diterima secara berperingkat di iOS dan Android.

Komen