Xiaomi sedia memperkenalkan tiga generasi telefon dengan skrin boleh-lipat sehingga kini, dan model terbaru MIX Fold 3 membawakan beberapa pembaharuan, termasuk penggunaan empat lensa kamera di belakang yang turut dilengkapi teknologi Leica.
Namun, salah satu perkara yang mendukacitakan adalah, seperti model-model versi sebelumnya, MIX Fold 3 turut tidak akan dipasarkan di luar China. Ia tidak diketahui lagi sebab disebaliknya – sama ada kekangan dari segi pelesenan sesuatu perkara, atau disebabkan oleh kekurangan stok dan sebagainya.
Dengan pengesahan rasmi Xiaomi yang menyatakan tidak akan menawarkan MIX Fold 3 di luar China, maka para peminat telefon-lipat mungkin boleh melihat kepada penawaran jenama lain seperti Samsung, Oppo, dan bakal hadir dari OnePlus tidak lama lagi.