Cari @ Amanz

WhatsApp telah pun mengumumkan pengenalan ciri penghantaran gambar dalam resolusi tinggi (HD) kepada semua semalam, yang telah mula diperkenalkan secara berperingkat. Selain penghantaran gambar, WhatsApp juga kini memaklumkan mereka turut akan menambah sokongan penghantaran video pada resolusi tinggi.

Ini sekaligus akan membolehkan pengguna menghantar video dengan kualiti lebih baik, tanpa dikecilkan saiznya kepada para penerima. Langkah ini juga selari dengan peningkatan kelajuan rangkaian telekomunikasi dan kapasiti peranti yang meningkat naik dari tahun ke tahun.

Buat masa ini, tarikh pengenalan ciri menghantar video dalam bentuk HD masih belum dimaklumkan. Mungkin kita akan melihatnya seawal tahun ini mula diuji dalam kalangan pengguna.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd