Cari @ Amanz

Pada dua suku yang telah berlalu, pengeluaran telefon pintar global menunjukkan penurunan dua angka. Kesemua pengeluar telefon pintar utama terjejas dengan Tim Cook sendiri berkata permintaan untuk iPhone dijangka menurun tahun ini. Sungguhpun begitu firma Counterpoint telah menerbitkan ramalan bahawa Apple akan menjadi pengeluar telefon pintar terbesar dunia sepanjang 20203.

Ini akan berlaku sekiranya Apple berjaya mengelakkan isu pengeluaran siri iPhone 15 tahun ini bagi memenuhi keperluan pengguna. Isu yang sama tahun lalu menjejaskan jualan iPhone pada Q4 2022. Tetapi pengeluaran telefon pintar tahun 2023 akan mencapai tahap terendah sejak 2013 dengan penyusutan 6% berbanding 2022. Sebanyak 1.15 bilion telefon pintar diramalkan dikeluarkan tahun ini berbanding 1.32 bilion telefon pintar yang dikeluarkan pada tahun 2014.

Pasaran Asia (tidak termasuk India dan China), Amerika Utara dan China menjadi faktor pendorong utama pengeluaran telefon pintar yang lebih rendah tahun ini. Walaupun pandemik sudah “berakhir”, jualan telefon pintar belum pulih kerana ekonomi global yang masih belum pulih.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd