Televisyen pintar sudah lama ditawarkan di pasaran. Terdapat pelbagai jenama dengan sistem operasi masing-masing. Tizen OS oleh Samsung, webOS oleh LG, VIDAA oleh Hisense dan jenama lain dengan Android TV. Kebanyakan televisyen di atas boleh menjadi speaker nirwayar untuk telefon pengguna disambungkan melalui Bluetooth. Sayang sekali ciri ini tidak pernah disertakan secara rasmi kepada Google TV dan Android TV.
Mishaal Rahman baru-baru ini melaporkan yang Google dan MediaTek sedang bekerjasama untuk membolehkan televisyen Android TV menjadi speaker Bluetooth terus ke dalam kod sistem operasi. Ini bermakna kelak, mana-mana televisyen Android TV yang menerima kemas kini baharu akan menyokong penerimaan dan penghantaran audio melalui Bluetooth.
Ini mungkin satu ciri yang tidak ramai hiraukan. Walau bagaimanapun ciri ini merupakan perkara yang menarik jika pengguna tidak memiliki sebarang speaker dan boleh memainkan muzik pada telefon pada speaker televisyen.