Cari @ Amanz

Threads adalah pesaing X oleh Instagram. Selama Adam Mosseri, ketua di Threads mengumumkan kemas kini baharu yang menambah tab Repost pada profil pengguna. Kini mana-mana perkongsian yang disiarkan semula oleh anda boleh dilihat terus pada profil.

Bukan itu sahaja, Threads turut kini memaparkan kandungan yang disiarkan semula pada tab Following agar mana-mana kandungan yang disiarkan semula oleh rakan-rakan yang anda ikuti dapat dilihat juga dan tidak tersembunyi.

Sejak Threads dilancarkan, ia kini mempunyai 3 juta pengguna aktif harian sahaja iaitu kurang 82% ketika puncak. Adakah anda masih menggunakan Threads atau telah kembali ke X?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd