Cari @ Amanz

Tumblr hari ini secara rasminya mengumumkan mereka akan mengemaskini rekaan antaramuka web, sekaligus memudahkan lagi penggunaan orang ramai untuk perkhidmatan berkenaan.

Tumblr mengatakan rekaan baharu ini dalam usaha memudahkan para pengguna mengetahui apakah perkembangan baharu yang dikongsikan ramai di platform tersebut. Disamping itu, sejumlah ikon baharu turut diperkenalkan dalam memudahkan lagi navigasi orang ramai pada web Tumblr.

Bagi yang sering menggunakan Twitter atau dikenali X pada hari ini, rekaan antaramuka Tumblr ini sedikit menyerupai web Twitter – yang mana secara tidak langsung memudahkan lagi pengguna dalam memahami penggunaan Tumblr.

Antaramuka baharu Tumblr ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna global.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd