Cari @ Amanz

iPhone adalah telefon pintar yang sehingga hari ini tidak menawarkan sokongan pengecasan pantas dengan iPhone 14 Pro misalnya dicas pada kuasa maksimum 27W sahaja. 9to5Mac baru-baru ini melaporkan yang siri iPhone 15 mungkin akan menyokong sistem pengecasan yang lebih pantas. Dikatakan iPhone-iPhone baharu ini boleh dicas pada kadar kuasa mencapai 35W. Ini secara tidak langsung membolehkan pengguna menggunakan pengecas dwi-ouput USB-C 35W yang dijual pada harga RM239.

Dengan kuasa 35W, akhirnya iPhone boleh dicas sehingga penuh dalam masa kurang dua jam berbanding sekarang. Selain itu, iPhone 15 turut dijangka akan menyokong USB-C dan Thunderbolt untuk sokongan pemindahan fail yang berkali ganda lebih pantas berbanding generasi lama.

Alasan yang diberikan Apple sebelum ini ialah bagi menjadi kesihatan jangka panjang bateri. Sungguhpun begitu tahun ini ribuan pemilik siri iPhone 14 Pro merungut hayat bateri mereka sudah turun bawah 90% walaupun peranti belum lagi berusia setahun walaupun pengecas perlahan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd