Pelbagai aktiviti dan promosi menarik menanti pengunjung di Karnival Jom 5G yang berlangsung sehingga ahad ini, di enam lokasi terpilih di seluruh Malaysia. Ini termasuklah Celcom bluecube Sunway Pyramid, Subang Jaya; Kedai Digi Bayan Baru, Pulau Pinang; Celcom bluecube Taman Molek, Johor Bahru; Celcom bluecube, Kuantan; Digi Store Api-Api, Kota Kinabalu, dan Celcom bluecube Tun Jugah, Kuching.
Karnival yang dianjurkan oleh CelcomDigi ini diadakan bertujuan mempromosikan rangkaian 5G dengan lebih menyeluruh kepada orang ramai. Selain itu, pengguna juga boleh mengharapkan penyampaian kesalinghubungan termasuk pengalaman digital yang lebih baik pada rangkaian 4G LTE dan 5G.
Lebih menariknya apabila karnival ini turut dimeriahkan lagi dengan promosi hebat pada harga lebih rendah berbanding biasa. Seterusnya pengunjung boleh memiliki telefon pintar terkini dengan pembayaran lebih mampu milik serendah RM49 dengan pelan terpilih.
Selain itu pelanggan pascabayar CelcomDigi dengan pelan melebihi RM90 pula boleh menikmati akses dan telefon 5G secara percuma. Dalam masa sama, pengunjung juga boleh menikmati diskaun sehingga 75% untuk pelbagai aksesori di karnival ini.
Kemeriahan di karnival ini diteruskan lagi dengan pelbagai pengalaman AR dan VR untuk dicuba, bermula daripada simulator kereta AR sehinggalalah pengalaman menaiki roller coaster dalam realiti maya.