Cari @ Amanz

Dilancarkan pada 2018, Yoodo dimiliki dan dikendali oleh CelcomDigi sebagai perkhidmatan mudah alih digital. Dalam halaman sokongan, syarikat itu menyifatkan dirinya masih sebahagian yang dibiyai oleh Celcom buat masa ini.

Namun menerusi sesi soal jawab pendek bersama media hari ini, CelcomDigi mengatakan mereka dalam perancangan untuk melepaskan Yoodo sebagai sebahagian akur janji untuk penggabungan dua syarikat berkenaan. CelcomDigi menjelaskan pihaknya dalam perbincangan dengan beberapa pihak yang berminat termasuk luar negara untuk mengambil alih Yoodo.

Seperti yang diketahui ramai, Yoodo lebih memberi tumpuan terhadap segmen eSukan justeru CelcomDigi kini sedang mencari rakan kongsi berkaitan yang boleh membawa Yoodo berkembang dengan lebih jauh.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd