Microsoft Menjadualkan Acara Khas Pada 21 September – Surface Baru Akan Datang?
August 20, 2023
Microsoft
Aman
Microsoft kini menjadualkan sebuah acara pelancaran pada 21 September 2023 di New York, dimana gergasi teknologi berkenaan dijangka memperkenalkan beberapa produk dan perkakasan baharu pada acara berkenaan.

Pihak Microsoft tidak menyatakan apakah yang bakal diperkenalkan. Namun, kebiasaannya sekitar September atau Oktober, pihak Microsoft akan memperkenalkan peranti baharu dibawah keluarga Surface.
Selain Microsoft, beberapa pihak lain turut menjadualkan pelancaran pada bulan September – dan semestinya yang dinantikan ramai adalah pengenalan iPhone baharu oleh Apple.
[sumber]TheVerge[/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.