Cari @ Amanz

Maybank kini memaklumkan para pengguna, menyatakan Maybank2U kini tidak lagi menyokong sejumlah pelayar web versi lama. Ini adalah dalam usaha untuk terus memastikan tahap keselamatan perbankan pada tahap tertinggi, sekaligus melindungi para pengguna daripada pelbagai serangan siber.

Maybank2U

Melalui perkongsian Maybank, untuk mengakses laman web Maybank2u, kini pengguna perlu menggunakan pelayar web:

  • Google Chrome versi 52 dan ke atas
  • Microsoft Edge versi 80 dan ke atas
  • Firefox versi 52 dan ke atas
  • Opera versi 39 dan ke atas
  • Safari versi 11.1 dan ke atas

Maybank menyatakan mereka tidak akan menyokong pelayar web versi sebelumnya lagi, dan meminta pengguna untuk mengemaskini dan menggunakan versi terbaru dalam pelayaran Maybank2u.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd