Dalam diam rupa-rupanya pengguna di Malaysia kini mempunyai pilihan peranti 5G baharu iaitu Vivo Y27 5G. Semakan kami menerusi kedai atas talian rasmi ia dijual pada RM899 dan boleh dibeli bermula 25 Ogos 2023. Terdapat juga hadiah menarik percuma berupa kotak hadiah eksklusif dan pin tambah nilai TnG bernilai RM10 diberi untuk pembelian masa terhad sehingga 11 September 2023.

Secara umumnya Vivo Y27 5G berkongsi sebahagian besar perkakasan dalaman yang sama dengan variasi 4G. Ini bermakna peranti ini dilengkapi dengan skrin 6.64-inci LCD beresolusi FHD+, kamera utama 50MP + 2MP, kamera swafoto 8MP dan bateri 5000mAh.
Perubahan jelas yang dibuat Vivo pada peranti ini hanyalah pada cip pemprosesan yang kini dijana oleh Dimensity 6020, kemudian diikuti pula dengan memori lebih besar 8GB RAM. Namun sistem pengecasan lebih rendah sekadar 15W.
- Info
- Beli – Vivo Y27 5G | Lazada
- Info
- Beli – Vivo Y27 5G | Shopee