Canon Memperkenalkan Kedai Atas-Talian Rasmi Di Malaysia
August 21, 2023
Fotografi
Web 2.0
Aman
Canon merupakan jenama yang tidak asing lagi dikalangan pengguna yang mencari mesin pencetak atau kamera. Kini, selain mendapatkan produk Canon melalui Shopee, Canon turut melancarkan kedai atas-talian rasmi untuk pasaran Malaysia.
Melaluinya, para pengguna boleh mendapatkan produk-produk Canon secara terus, termasuk mesin pencetak, kamera, kalkulator dan sebagainya.

Bersempena dengan pengenalan kedai atas-talian juga, Canon menawarkan diskaun sehingga 43% untuk sejumlah barangan terpilih – terhad sehingga 25 Ogos. Bagi anda yang berminat, boleh menyemak kedai atas-talian rasmi Canon hari ini, dan mendapatkan pelbagai barangan Canon terus daripada Canon Malaysia.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.