Realme GT5 bakal membuat kemunculan rasminya pada 28 Ogos ini di China. Acara ini juga diadakan bersempena dengan ulang tahun kelima mereka, yang sudah semestinya terdapat pengumuman menarik yang mungkin dikongsikan bersama melaluinya.


Beberapa spesifikasi utama juga telah dikongsi yang menunjukkan Realme GT5 boleh menjadi sebuah peranti kelas mercu. Melaluinya peranti akan dijana oleh Snapdragon 8 Gen 2 untuk tunjang utamanya. Ini dipadankan pula dengan memori 24GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 1TB UFS4.0, yang juga disifatkan sebagai trend dalam kalangan pengeluar sejak kebelakangan ini.

Dalam pada itu peranti juga dijangka mempunyai tubuh yang serba nipis, namun reka bentuk penuh masih kekal misteri buat masa ini. Pun begitu kita boleh menjangkakan ia boleh didedahkan dalam masa terdekat, sama-sama nantikan.
- Info
- Sumber – Weibo