Carian
Xiaomi 14 Pro Turut Akan Menggunakan Tubuh Titanium
August 22, 2023 Fahim Zahar

iPhone 15 Pro, iPad, dan Samsung Galaxy S24 Ultra pun dijangka akan menggunakan bahan binaan Titanium kerana ia lebih ringan dan tahan lasak. Terbaru, Xiaomi 14 Pro turut dilaporkan akan menggunakan logam eksotik kini.

Xiaomi 14 Pro dengan kerangka titanium ini dikatakan adalah untuk model edisi khas. Panel belakang peranti dikatakan adalah kaca nilam, skrin dengan perlindungan nilam-seramik dan peranti turut akan menyokong ciri komunikasi menggunakan satelit.

Peranti ini dikatakan akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 3, kamera mungkin kekal dengan kerjasama Leica dan Xiaomi turut dijangka akan hadir dengan model Pro+ pada tahun ini. Sama-sama kita nantikan.

Komen