Carian
X Dilaporkan Bakal Membuang Paparan Pratonton Pautan – Elon Musk Galakkan Pengguna Menulis Di X
August 22, 2023 Aman

X atau nama sebelumnya Twitter sedia terkenal dengan perkongsian pautan berita dan sebagainya. X / Twitter sendiri sebelum ini mengimplementasi rekaan yang dinamakan “Cards” dimana ia memperlihatkan pratonton sebarang pautan yang dikongsikan pada platform tersebut.

Namun, kini dibawah Elon Musk, perkara tersebut dijangka berubah. Mengikut laporan awal Fortune, ia dikatakan X akan membuang ciri “Cards” berkenaan, dimana tiada lagi pratonton untuk pautan akan dipaparkan pada platform tersebut.

Sebaliknya, pengguna perlu memuatkan sekali teks dan gambar bersama pautan ketika dikongsikan dalam memperlihatkan info yang dikongsikan. Sebagai alternatif, Elon Musk turut berkongsi menyatakan untuk menerbitkan terus pada platform X berkenaan, dan berpeluang menjana wang melaluinya.

Ia tidak diketahui lagi bilakah perubahan ini akan diimplementasikan oleh pihak X.

Komen