Aplikasi Try Galaxy telah ditawarkan oleh Samsung kepada pengguna iPhone sejak beberapa tahun yang lalu untuk menikmati pengalaman menggunakan peranti Galaxy. Kini Try Galaxy telah dikemaskini yang membolehkan pengalaman menggunakan Galaxy Z Fold5 dinikmati dengan menggabungkan dua iPhone.

Pengguna dua iPhone hanya perlu pergi ke laman web trygalaxy.com menggunakan pelayar web Safari. Ciri pada Safari membolehkan dua peranti seakan ia sebuah skrin boleh lipat pada Z Fold5 dengan One UI 5.1.1. Pelbagai ciri untuk Z Fold5 seperti Flex Mode boleh digunakan pada dua iPhone ini.

Dengan ciri ini Samsung harap dapat menarik pengguna iPhone untuk berpindah ke peranti skrin boleh-lipat mereka kerana pada waktu ini Apple tidak menawarkan pengalaman penggunaan yang setanding. Terdapat ura-ura Apple akan menawarkan peranti skrin boleh-lipat tetapi bermula dengan iPad terlebih dahulu dan bukannya iPhone.
- Sumber
- TryGalaxy