Rode melancarkan sistem mikrofon terbaru mereka yang menyasarkan mereka yang ingin melakukan rakaman audio berkualiti dan dengan jarak rakaman yang jauh. Rode Wireless Pro mempunyai kemampuan rakaman audio sehingga 32 bit. Sistem yang terdiri daripada sepasang. pemancar dan penerima ini juga boleh beroperasi tanpa lengah masa sehingga 260 meter menurut Rode.

Sambungan boleh dilakukan pada kamera, telefon pintar dan komputer. Input dilakukan menerusi sambungan 3.5mm ataupun USB-C. Unit penerima Wireless Pro boleh merakam audio daripada tiga saluran secara serentak yang kemudiannya disimpan dalam storan dalaman sebesar 32GB. Sehingga 40 jam audio boleh disimpan.

Ciri tambahan lain ialah sistem kodmasa terbina untuk memudahkan audio diselarikan dengan video dan juga algoritma memastikan audio dirakam tidak akan mengalami isu clipping.
Kit Wireless Pro hadir dengan 2x pemancar, 1 penerima, 2x mikrofon jenis lavaelier, sambungan magnetik, set penghalang angin, pod pengecas dan tempat simpanan aksesori. Bateri yang dibekalkan menawarkan rakaman sehingga 7 jam dengan sekali caj. Rode Wireless Pro dijual pada harga $399 (~RM1859) untuk satu set.
