Carian
Sony Menjadualkan Pelancaran Kamera Baharu Pada 29 Ogos 2023
August 23, 2023 Amy Maizuraa

Barisan kamera Sony dilihat bakal menerima kemaskini produk baharu pada 29 Ogos ini. Ia merupakan pengenalan untuk produk di bawah siri Alpha yang sering memberi tumpuan terhadap ciri-ciri menarik yang sesuai dengan keperluan kelompok pengguna tertentu.

Tiada butiran khusus mengenai produk yang didedahkan buat masa ini. Namun ia boleh menjadi pengenalan untuk kamera Sony A7C II dan A7CR, bahkan kedua-duanya juga dilihat menjadi perhatian apabila sering diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Kamera-kamera ini juga mungkin dilengkapi tubuh lebih kecil berbanding sebelum ini, sekaligus menjadikannya lebih selesa untuk dipegang. Pada masa sama, penawaran baharu ini turut diyakini dapat meneruskan legasi siri tersebut dengan teknologi lebih mengagumkan, termasuklah sistem penjejakan objek yang lebih baik.

Imej tertiris menunjukkan rekabentuk untuk Sony A7C II

Selain itu, Sony turut dijangka memperkenalkan kanta serba baharu untuk pelbagai kegunaan yang sepatutnya menjadikan tangkapan imej lebih jelas dan berkualiti tinggi. Bagi melihat apakah kejutan disediakan olej Sony buat pengguna, sama-sama nantikan acara pelancaran ini.

Komen