Cari @ Amanz

Ciri penyulitan hujung-ke-hujung (E2EE) memastikan mesej yang dihantar tidak boleh dibaca oleh mereka yang ingin memintasnya. Kepada pengguna Meta Messenger, ciri E2EE akan akhirnya disokong secara lalai menjelang penghujung tahun ini. Menurut Meta pada waktu ini ia telahpun diuji pada pengguna terpilih dengan mereka perlu mengaktifkannya terlebih dahulu.

Apabila diaktifkan kelak, mesej yang dihantar menerusi Messenger akan mempunyai tahap keselamatan yang sama seperti yang disokong oleh WhatsApp sebelum ini. Walaupun penyulitan dilakukan, Meta berkata sehingga 100 ciri pada Messenger telah dinaik taraf bagi memastikan penggunaannya akan kekal lancar seperti sebelum E2EE diaktifkan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd