Komputer kerangka utama (mainframe) menggunakan bahasa COBOL yang dibangunkan pada tahun 1959. Walaupun bahasa ini sudah amat berusia, masih terdapat mainframe yang menggunakannya untuk pengurusan wang persaraan, sistem tiket kapal terbang dan kawalan kuasa elektrik. Dengan jumlah individu yang masih tahu memprogram menggunakan COBOL semakin berkurangan, kod legasi yang digunakan sekarang perlu diubah bagi membolehkan sistem sekarang boleh terus digunakan.

IBM telah membangunkan kecerdasan buatan (AI) Watsonx Code Assistant for Z yang boleh “megalih bahasa” kod COBOL ke Java untuk digunakan pada mainframe sedia ada. Menurut IBM, Watsonx Code Assistant for Z boleh mengurangkan kos dan risiko apabila melakukan proses modenisasi mainframe sesebuah organisasi.
Watsonx Code Assistant for Z dibangunkan berasaskan kod model Watsonx.ai yang memahami 115 bahasa pengaturcaraan dengan ia dilatih dengan 1.5 trilion token. Ia akan ditawarkan kepada pelanggan pada Q4 2023.
- Sumber
- IBM