Carian
YouTube Menguji Butang “Skip Ads” Yang Lebih Tersembunyi
August 23, 2023 Fahim Zahar

YouTube nampaknya semakin menggalakkan orang ramai untuk melanggan YouTube Premium. Beberapa minggu lepas mereka semakin agresif kepada pengguna AdBlock. Kini meletakkan pemasa 30-60 saat sebelum video boleh ditonton dengan dua butang untuk mematikan AdBlock atau melanggan YouTube Premium.

Terbaru YouTube dilihat sedang menguji rekaan butang Skip Ads yang lebih tersembunyi. Pertama perkataan “Ads” kini semuanya huruf kecil dan teks tidak lagi ditebalkan. Rekaan butang juga semakin kecil, dalam bentuk bujur dan lebih lutsinar berbanding sebelumnya.

YouTube bukan sahaja “memaksa” orang melanggan YouTube Premium, tetapi turut memaksa menonton iklan. Dalam semakan saya, butang Skip ads baharu ini masih belum muncul di Edge, Chrome dan Firefox. Ia mungkin diedarkan secara berperingkat kepada pengguna percuma YouTube.

Komen