Cari @ Amanz

Pengeluar peranti China gemar menggunakan cip MediaTek kerana peranti boleh dijual pada harga lebih mampu milik. Selain itu turut memberi pelbagai pilihan kepada pengguna. Bermula tahun 2024 dan ke atas, OnePlus dan realme dilaporkan tidak lagi akan menggunakan cip MediaTek.

Menurut Digital Chat Station, dua jenama di bawah BBK Electronics ini akan menggunakan cip Qualcomm Snapdragon secara eksklusif untuk model-model peranti tahun 2024 dan ke atas. Sementara cip MediaTek Dimensity akan digunakan oleh Oppo sahaja.

Sumber turut berkongsi yang peranti-peranti OnePlus akan datang seperti OnePlus 12R dan Nord 4 akan menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2. Sementara Nord 5 nanti akan menggunakan Snapdragon 7 Gen 3 pula. Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut OnePlus dan realme nanti.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd