Telekom Malaysia sedia menawarkan aplikasi MyUnifi untuk para pengguna perkhidmatan jalur-lebar talian tetap Unifi. Salah satu ciri menarik yang disertakan pada aplikasi berkenaan adalah kebolehan menyemak penggunaan internet Unifi anda, dan melihat trend penggunaan anda untuk beberapa bulan lepas.
Untuk mengaksesnya, pada aplikasi MyUnifi, anda perlu ke tab Support, dan pilih Internet Usage. (MyUnifi > Support > Internet Usage)
Seterusnya, anda boleh melihat waktu anda berhubung ke internet, selain data yang telah dimuat-turun dari penggunaan internet anda, selain data yang dimuat-naik.
Sekiranya anda merupakan pengguna tegar, maka ia turut akan memaparkan bahagian khusus yang memperlihatkan anda merupakan pengguna tegar dan antara pengguna yang menggunakan internet lebih tinggi berbanding pengguna lain.
Bagi anda yang menggunakan Unifi, boleh menyemak penggunaan internet anda melalui aplikasi MyUnifi hari ini, di Android dan iPhone.