Carian
CAAM : Dron Tanpa Kelulusan Dilarang Diterbangkan Di Kawasan Sambutan Hari Kebangsaan Sehingga 31 Ogos 2023
August 23, 2023 Aman

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) kini mengeluarkan peringatan, supaya orang ramai tidak menerbangkan sebarang dron tanpa kelulusan di kawasan tumpuan ramai bersempena dengan persiapan sambutan Hari Kebangsaan 2023.

Peringatan ini dikeluarkan dalam mengelak sebarang kejadian tidak dingini ketika sambutan Hari Merdeka. Ini juga selari untuk mengelak sebarang risiko kemalangan melibatkan pesawat-pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia yang melakukan latihan penerbangan formasi rendah di sejumlah kawasan tumpuan sehingga 31 Ogos 2023.

Dron CAAM

Orang ramai diingatkan tidak menerbangkan dron sehingga 31 Ogos 2023 kelak. Pada masa yang sama, ia juga diingatkan yang mana semua aktiviti penerbangan termasuk pengendalian dron tertakluk dibawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3); Peraturan 98, Peraturan 140-144, Peraturan Penerbangan Awam Malaysia dan Civil Aviation Directives (CADs).

Komen