Sony Memperkenalkan PlayStation Portal – Hadir Dengan Skrin 8-inci, Bermain Permainan PS5 Dengan Mudah-Alih Secara WiFi
Aman
Sony hari ini secara rasminya memperkenalkan sebuah peranti baharu mereka yang bakal dijual kelak dalam beberapa bulan lagi, iaitu PlayStation Portal. Melaluinya, ia memudahkan pengguna strim permainan PlayStation 5 secara WiFi, dan memainkan ia secara mudah-alih sambil baring atau dimana-mana sahaja anda berada.

PlayStation Portal hadir dengan skrin 8-inci LCD pada resolusi 1080p dan boleh berhubung ke konsol PlayStation 5 secara WiFi. Dengan adanya PlayStation Portal juga, pemain boleh sambung bermain permainan dari kaca televisyen terus secara mudah-alih dengan mudah.

Sony mengatakan mereka akan mula menjual PlayStation Portal ini kelak pada tahun ini pada harga $199.99, iaitu sekitar RM930. Sama-sama kita nantikan perkongsian lanjut berkenaan dengannya.