Honor hari ini secara rasminya mengumumkan ketersediaan untuk Magic5 Pro Coral Purple di Malaysia. Ia menjadi penawaran warna baharu yang disediakan buat pengguna, sekaligus menjadikan kesemuanya sebanyak tiga pilihan warna disediakan untuk Magic5 Pro di Malaysia.

Penawaran baharu ini didominasikan dengan rona ungu yang bukan sahaja mampu memberikan keanggunan pada si pemakai. Malahan dilihat turut tampil cantik dan ceria yang sering dikaitkan dengan gaya feminin. Ini digabungkan lagi dengan panel belakang seakan kulit yang turut memberi nilai tambah pada peranti.


Honor Magic5 Pro Coral Purple telah sedia ditawarkan di Malaysia dengan jumlah unit yang terhad, justeru anda yang berminat boleh mendapatkannya sekarang dengan harga RM3,999 sebuah. Tiada perubahan dibuat untuk perkakasan dalaman yang bermakna masih sama seperti variasi sedia ada.

Pengenalan warna baharu ini juga bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan yang bakal tiba tidak lama lagi, yang dalam masa sama Honor turut menganjurkan kempen cabutan bertuah dengan sejumlah hadiah lumayan ditawarkan.