Durioo Menggunakan AI Dalam Tapisan Dan Menambah- Baik Kandungan Video
Aman
Durioo merupakan salah satu penyedia perkhidmatan penstriman di Malaysia, dengan fokus terhadap kandungan-kandungan gaya hidup muslim ditujukan secara khusus kepada kanak-kanak. Terbaru, Durioo turut berkongsi perkembangan syarikat dan mengatakan telah mula menggunakan kecerdasan buatan dalam tapisan dan menambah-baik kandungan video di platform mereka.

Salah satu kandungan yang ditambah-baik menggunakan kecerdasan buatan adalah filem terbaru Cats. Filem berkenaan didapatkan hak dari luar negara, dan beberapa perubahan dilakukan pada filem animasi berkenaan dengan menggunakan kecerdasan buatan.
Sebagai contoh, watak utama yang memakai pakaian yang singkat diperbaiki dengan pakaian lebih sopan – selari dalam mengajar gaya hidup sopan kepada kanak-kanak.
Proses menggunakan kecerdasan buatan dilihat lebih pantas berbanding perlu melakukan penyuntingan secara manual sebelum ini.
Dengan perkembangan ini, kita mungkin melihat Durioo terus memperluaskan penggunaan kecerdasan buatan mereka dari hari ke hari di platform – sekaligus terus menambah-baik penawaran kandungan kepada kanak-kanak.