WhatsApp Group adalah ciri di mana sekumpulan pengguna WhatsApp dikumpulkan untuk mudah bersembang dengan ramai orang serentak. Ia biasa digunakan untuk pekerja satu pejabat, kumpulan projek di institut pengajian, bergosip dan banyak lagi.

Terbaru, Mark Zuckerberg mengumumkan yang Meta telah melakukan perubahan pada WhatsApp Group. Kini kumpulan sembang boleh dicipta tanpa meletakkan sebarang nama. Ini secara tidak langsung akan meletakkan nama peserta kumpulan sembang sebagai nama.
WhatsApp Group tanpa nama ini turut mempunyai ciri yang terhad. Misalnya ia hanya menyokong 6 peserta berbanding 1024 kebiasaannya, tetapi dalam cubaan kami lebih 6 peserta tiada masalah pun. Paparan nama kumpulan sembang juga berbeza untuk setiap pengguna bergantung kepada kenalan yang pengguna simpan.

Ciri ini dilihat sudah boleh digunakan oleh semua pengguna WhatsAp Android dan iOS. Jika anda ingin cipta kumpulan sembang tanpa sebarang nama kini boleh dilakukan. Kelak jika anda ingin mengubah nama kumpulan atau memadamnya juga tidak menjadi masalah.
- Sumber
- FB – Mark Zuckerberg