Cari @ Amanz

Honor Malaysia hari ini turut berkongsi sejumlah perkara berkaitan dengan perkembangan syarikat, yang juga melibatkan data menarik untuk suku kedua tahun 2023.

Ini termasuklah data semasa peratusan pegangan pasaran Honor dalam arena telefon pintar yang menghampiri 10% ketika ini, yang merangkumi pasaran Malaysia sahaja. Prestasi itu adalah pencapaian sehingga Jun 2023, sekaligus membolehkan Honor dalam landasan yang betul untuk terus meningkatkan momentum jualan dari masa kesemasa.

Prestasi tersebut turut menyumbang kepada pencapaian Honor yang kini di kedudukan ketiga terbaik dalam carta jualan peranti premium yang dijual pada julat harga RM4000, yang merangkumi peranti siri Magic sendiri. Terbaharu Honor Magic5 Pro Coral Purple telah ditawarkan di Malaysia dan boleh dibeli pada RM3,999.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd