Carian
Sime Darby Mengambil-Alih UMW – Terus Menerajui Arena Automotif Dengan Penambahan Jenama Toyota Dan Perodua
August 24, 2023 Aman

Sime Darby hari ini mengumumkan mereka akan mengambil-alih sebanyak 61.2% pada UMW Holdings Berhad, sekaligus membentuk mereka sebagai antara syarikat terkemuka dalam arena automotif, aeroangkasa, pembuatan dan kejuruteraan.

Dibawah pengumuman perjanjian ini, Sime Darby akan membeli pegangan PNB sebanyak 61.2% ini pada harga RM3.57 bilion. Disamping itu, Sime Darby turut menyatakan akan membuat tawaran umum untuk 38.8% saham yang tidak dimiliki, sekaligus mengeluarkan UMW dari Bursa Malaysia.

Pengambil-alihan ini juga sekaligus mengukuhkan kedudukan Sime Darby dalam arena automotif di Malaysia – termasuk penambahan dua jenama popular, iaitu Toyota dan Perodua.

Sime Darby sendiri mempunyai sejumlah jenama dibawah mereka, termasuk BMW, Mini, Porsche, BYD, dan sebagainya.

Pelbagai proses melibatkan pengambil-alihan ini dijangka akan diselesaikan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh perjanjian.

Komen