Cari @ Amanz

Realme Pad 2 disahkan bakal ke pasaran Malaysia penghujung bulan ini. Kalau mengikut pada perkiraan, ia boleh menjadi tablet keempat Realme yang dipasarkan di Malaysia. Pada masa sama turut memberi manfaat buat pengguna khususnya mereka yang sedang mencari tablet untuk kegunaan harian umum.

Redmi Pad 2 dilengkapi dengan skrin 11.5-inci IPS LCD dengan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan dengan cip MediaTek Helio G99, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB sebagai tunjang utama peranti. Sistem kamera utama dan swafoto pula sebesar 8MP, dalam masa sama terdapat juga bateri sebesar 8360mnAh yang menyokong pengecasan 33W.

Turut diumumkan pada acara yang sama adalah Realme Buds Air 5. Ia hadir dengan rekaan yang sama seumpama Realme Buds Air5 Pro sebelum ini. Melaluinya set pemandu audio 12.4mm dengan tiga mikrofon terbina digunakan, di samping turut menyokong pembatalan hingar adaptif.

Tambatan pantas boleh dibuat menggunakan smabungan bluetooth 5.3. Kemudian bateri 460mAh disertakan pula boleh bertahan sehingga 38 jam dengan bantuan pod pengecasan. Ia juga kalis air IP54 yang sesuai digunakan sewaktu bersenam Butiran lanjut mengenai harga jualan kedua-dua produk ini masih misteri dan hanya akan diketahui selepas dilancarkan secara rasmi kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd