Threads Versi Web Diperkenalkan Kepada Semua
August 25, 2023
Meta
Web 2.0
Aman
Selepas mula memperkenalkan Threads versi web secara berperingkat pada awal minggu ini, hari ini ciri berkenaan diperkenalkan kepada semua pengguna seluruh dunia.
Kini, sesiapa sahaja boleh melayari web Threads, dan seterusnya log masuk menggunakan akaun Instagram masing-masing – sekaligus menggunakan perkhidmatan alternatif kepada Twitter ini.

Melalui Threads versi web, pengguna kini boleh melakukan perkongsian baharu, berinteraksi dengan yang lain, dan lain-lain. Secara kasar, ia menawarkan perkhidmatan sama seperti pada versi aplikasi Threads.
Dengan perkembangan terbaru ini, sama-sama kita nantikan Meta terus menambah-baik Threads dengan ciri-ciri baharu akan datang.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.