Rekaan penjejak objek Samsung Galaxt SmartTag 2 telah tertiris sekali lagi tetapi kali ini dalam dua pilihan warna putih dan hitam. Berdasarkan rekaan baharu ini, ia lebih mudah digunakan sebagai anak kunci kerana terdapat gelung bulat yang besar pada bahagian atas.
Berdasarkan laporan MobileFun, SmartTag 2 akan hanya hadir dalam versi UWB dan bluetooth sahaja kali ini. Dengan UWB kedudukan SmartTag 2 yang hilang dapat dicari dengan lebih mudah kerana akan dipaparkan dengan jelas dalam antaramuka SamrtThings Find menerusi ciri AR yang sama seperti versi terdahulu.
Penggunaan penjejak objek adalah popular di peringkat awal sebelum minat terhadapnya menurun disebabkan ia digunakan untuk mengintip serta melakukan rompakan. Ini memaksa Google dan Apple bekerjasama membentuk sistem membolehkan penjejak objek yang tidak diketahui dikesan oleh penggua Android dan iOS.