Carian
YouTube Music Akhirnya Paparkan Lirik Bergerak Selari Dengan Muzik
August 25, 2023 Fahim Zahar

YouTube Music berbaloi untuk dilanggan kerana disertakan bersama YouTube Premium. Sayang sekali jika anda rasakan Apple Music tidak sebagus Spotify, YouTube Music juga lebih kurang sama. Dari segi ciri dan fungsi, YouTube Music jauh ketinggalan. Malah dalam ujian kami, kualiti audio YouTube Music antara yang paling rendah.

Terbaru, Google cuba sebaik mungkin menjadikan YouTube Music sebagai platform penstriman muzik yang boleh bersaing sengit. Akhirnya selepas bertahun diperkenalkan, aplikasi Android dan iOS mula menyokong paparan lirik langsung. Ini bermakna, lirik bergerak mengikut muzik berbanding sebelum ini perlu ditatal secara manual.

Bagi yang berminat dengan YouTube Music, harga langganan adalah RM14.90 sebulan atau RM17.90 sebulan bersama dengan YouTube Premium. Sementara pelan untuk pelajar hanyalah RM10.90 sebulan.

Komen