Nikmati Internet 5G Bersama Bonus Data Sehingga 100GB Dengan Pascabayar Maxis
Syafia Hani
[info] Teks Asal – Noor Fatihah Az-Zuannie [/info]
Sejak negara mula melangkah ke arah dunia digital yang moden seperti pengaktifan rangkaian 5G di seluruh negara, pelbagai syarikat telekomunikasi di Malaysia turut bergerak seiring, dengan cara menyediakan pelbagai pelan 5G pada harga dan penawaran yang kompetitif kepada orang ramai. Dengan lambakan penawaran dari syarikat-syarikat telekomunikasi ini, kami pasti anda cuba mempertimbangkan pelbagai pilihan dalam memiliki pelan internet 5G yang berbaloi untuk dilanggan.

Buat pengetahuan anda, Maxis baru-baru ini juga telah menawarkan perkhidmatan 5G kepada semua pengguna mereka di Malaysia. Bersama pengenalan ini, Maxis turut memperkenalkan pelan baharu bagi pascabayar Maxis, yang membolehkan pengguna untuk menikmati akses internet berkelajuan lebih tinggi. Oleh itu, mungkin pelan ini boleh menjadi satu pilihan yang boleh anda pertimbangkan
Mengapa Anda Perlu Melanggan Pelan 5G Daripada Pascabayar Maxis?
Apakah kelebihan yang membezakan pelan Pascabayar Maxis dengan penawaran pelan dari syarikat telekomunikasi yang lain? Buat pengetahuan anda, kebanyakkan syarikat telekomunikasi menawarkan kuota internet yang menggabungkan penggunaan rangkaian 4G dan 5G. Namun menerusi Pascabayar Maxis, Maxis akan menawarkan anda lebih data khusus buat rangkaian 5G. Ini dapat memberikan anda pengalaman penggunaan internet yang lebih baik untuk menikmati kelajuan 5G yang sebenar. Dengan kata mudahnya, sekiranya kuota bonus data 5G anda telah habis digunakan, anda masih boleh menikmati penggunaan internet menerusi kuota data utama 4G/5G anda.

Selain daripada penawaran data khusus untuk 5G, Pascabayar Maxis turut menawarkan pelbagai pilihan telefon pintar yang menyokong rangkaian 5G secara percuma dalam tempoh masa yang terhad. Melalui penggunaan peranti yang menyokong 5G ini, barulah pengalaman menggunakan rangkaian 5G menjadi lebih memuaskan dan menyeluruh. Bukan itu sahaja, Maxis turut menawarkan data perayauan internet 5G tanpa had pada harga RM29/hari sahaja, untuk digunakan di negara-negara terpilih. Sekiranya anda inginkan lebih nilai dan penjimatan dalam menggunakan data perayauan ini, anda boleh melanggannya secara bulanan dengan harga RM99/bulan, menjadikan harga langganan harian bersamaan lebih kurang RM3/hari sahaja.
Pelan Pascabayar Maxis Manakah Yang Sesuai Untuk Anda?
Pelan Pascabayar Maxis serba baharu dengan 5G ini menyediakan lima pelan berbeza, merangkumi pelbagai tahap penggunaan internet. Seperti contoh, sekiranya anda merasakan pelan asas sudah mencukupi untuk kegunaan harian seperti menyiapkan tugasan pejabat, melakukan pembayaran atas talian atau memesan makanan, Pascabayar Maxis 79 sudah memadai untuk anda. Ini kerana, dengan harga RM79 sebulan, anda boleh merasai kelajuan 5G dengan data 40GB, disertakan sekali dengan data utama 80GB yang menyokong rangkaian 4G dan 5G.

Bagaimana pula sekiranya anda mempunyai keluarga yang besar dan ramai? Jangan risau, kerana Maxis menawarkan beberapa pelan yang anda boleh langgan. Antaranya adalah Pascabayar Maxis 109, Pascabayar Maxis 139, Pascabayar Maxis 169 dan Pascabayar Maxis 199. Keempat-empat pelan ini menyediakan penawaran yang hampir sama, cuma yang membezakannya adalah kuota data dan juga bilangan talian yang boleh dikongsikan bersama keluarga anda.


Buat pengetahuan anda, kuota data utama 4G dan 5G bagi setiap pelan asas Pascabayar Maxis ini boleh dipadankan dengan talian perkongsian tambahan. Talian tambahan ini juga boleh mengakses ke 5G secara percuma. Jadi sekiranya ada ahli keluarga yang ingin berkongsi talian bersama anda, anda boleh melanggan pelan Pascabayar Maxis ini dan tambahkan pelan Pascabayar Maxis Share 48 bagi setiap talian. Sebagai contoh, anda ingin melanggan pelan Pascabayar Maxis 169 dan ingin berkongsi sehingga tiga talian perkongsian. Jadi, jumlah keseluruhan data 4G/5G yang boleh dikongsikan akan menjadi sebanyak 240GB (150GB + 30GB + 30GB + 30GB). Namun perlu diingatkan bahawa perkongsian data ini hanya ditawarkan untuk kuota data utama, dan data bonus 5G tidak boleh dikongsikan bersama.
Kesimpulan
Secara kesimpulan, penawaran pelan Pascabayar Maxis ini sedikit sebanyak memberi lebih banyak pilihan kepada anda yang mungkin masih lagi mencari pelan 5G yang berbaloi. Pelan yang ditawarkan Maxis ini dilihat sesuai buat anda yang ingin menaik taraf kualiti dan kelajuan internet, bagi merasai sendiri seronoknya bekerja menggunakan internet 5G terutamanya daripada Maxis. Ia juga sesuai untuk anda yang mencari pelan internet 5G yang boleh digunakan oleh seisi keluarga.
Kalau anda tertanya-tanya tentang bagaimanakah cara untuk melanggan pelan ini, prosesnya adalah cukup mudah. Jika anda merupakan pengguna Maxis, anda boleh terus menaik taraf pelan sedia ada anda ke Pascabayar Maxis menerusi aplikasi Maxis. Namun sekiranya anda merupakan pengguna baharu pula, anda boleh mendaftar pelan ini menerusi laman web rasmi Maxis, atau kunjungi Pusat Maxis berdekatan anda. Jadi, jangan lepaskan peluang, segeralah menaiktaraf pelan internet pascabayar sedia ada anda kepada pelan Pascabayar Maxis serba baharu dengan 5G ini atau membuat langganan baru, bagi merasai sendiri kehebatan 5G.
[info] Layari : Laman Rasmi Maxis Untuk Maklumat Lanjut [/info]
Penafian : Advertorial daripada Maxis