- Info
- Teks asal – Farah Izzati
Pelbagai teknologi telah wujud pada zaman kini yang memudahkan manusia untuk membuat tugasan harian. Namun, walaupun zaman sudah maju tapi masih terdapat segelintir golongan yang tiada akses yang lebih meluas untuk capaian internet mereka. Dengan kekurangan ini, ia menciptakan jurang digital antara mereka yang mempunyai dan tidak mempunyai akses kepada dunia teknologi.

Oleh itu, kerajaan Malaysia telah mewujudkan Pakej 5G Rahmah sebagai sebuah usaha untuk merapatkan jurang digital disamping memastikan rakyat Malaysia mendapat akses internet yang lebih meluas dengan harga berpatutan. Melalui pakej ini, rakyat boleh membeli pelan internet bersama telefon pintar dengan harga yang lebih rendah iaitu serendah RM240 sahaja. Untuk menambahkan lagi keseronokan, HONOR menjadi salah sebuah jenama telefon pintar yang menyertai usaha kerajaan ini melalui HONOR 90 Lite mereka.
Mengapakah Anda Perlu Memilih HONOR 90 Lite?
Dimulakan dengan kemampuannya dalam menawarkan pengalaman fotografi yang baik melalui kehadiran tri-kamera utama. Tri-kamera ini terdiri daripada kamera utama 100MP Super Clear Camera, 5MP untuk kamera ultra lebar dan 2MP untuk sensor pengesan kedalaman. Dengan adanya tri-kamera ini, ia membolehkan anda untuk mengambil gambar dengan jelas tanpa menjejaskan kualiti walaupun ia dipotong.

Seterusnya, untuk paparan skrin pula, peranti ini dilengkapi dengan paparan Circadian Night Display dan Dynamic Dimming. Gabungan kedua-dua ciri-ciri ini menjadikan mata anda tidak terasa penat jika menggunakan skrin dalam jangka masa yang lama. Malah, menurut HONOR, penggunaan paparan ini juga membolehkan anda untuk mendapatkan tidur yang lebih lena dan berkualiti walaupun bermain telefon dalam gelap. Ini sekaligus menjadikan HONOR 90 Lite sebagai sebuah peranti yang sesuai digunakan pada waktu malam terutamanya untuk si ‘burung hantu’.
Tambahan lagi, untuk saiz skrin pula, ia mempunyai kelebaran sebesar 6.7 inci IPS LCD dengan kadar segar semula sehingga 90Hz. Saiz bezel pada skrin juga kecil iaitu dengan kelebaran 1.1mm yang menjadikan saiz skrin tampak lebih besar dan puas untuk ditatal sepanjang masa. Selain itu, HONOR 90 Lite ini menggunakan sistem android terkini iaitu Android 13 dan antaramuka Magic UI 7.1.

Saiz storan yang ditawarkan juga agak besar iaitu 256GB dengan memori sehingga 13GB dimana ia mampu untuk memberikan anda pengalaman menggunakan aplikasi dengan lebih baik dan menyimpan lebih banyak gambar, lagu dan video peribadi. Dengan storan sebesar ini, anda tidak perlu risau lagi tentang masalah kekurangan storan.
Tidak berhenti disitu sahaja, HONOR 90 Lite ini mempunyai kapasiti bateri sebesar 4500mAh dan ia mampu bertahan sehingga 16 jam untuk bermain media sosial atau 15 jam untuk penstriman muzik. Dari segi pengecasan pula, peranti ini menyokong pengecasan 22.5W HONOR SuperCharge dimana anda boleh mengecas sehingga 53% dalam masa 30 minit sahaja.

Kesimpulan
Secara kesimpulannya, HONOR 90 Lite ini sememangnya peranti yang berbaloi untuk dimiliki sekiranya anda menggunakan Pakej 5G Rahmah yang ditawarkan oleh kerajaan. Dengan kemampuan baterinya yang mampu bertahan agak lama dan keupayaan kameranya dalam memberikan nilai fotografi yang berkualiti, memilih HONOR 90 Lite ini sebagai peranti pilihan merupakan pilihan yang bijak.
Berita baik buat anda yang berada di kategori B40, anda boleh memiliki HONOR 90 Lite ini dengan harga serendah RM120 apabila anda menjadi antara 100,000 pelanggan terawal yang melanggan pakej ini. Anda boleh melanggan pakej internet dengan harga RM60 sebulan untuk internet 5G sebanyak 60GB melalui syarikat telekomunikasi di Malaysia seperti Celcom, Digi, Maxis, Unifi, UMobile dan Yes. Jadi sekiranya anda berminat, ayuh rasai sendiri pengalaman menggunakan HONOR 90 Lite bersama pelan data internet Pakej 5G Rahmah anda mulai 31 Ogos ini!
Penafian: Advertorial daripada HONOR Malaysia