Di China, semua telefon pintar Android tidak mempunyai Google Mobile Services (GMS) secara terpasang. Biasanya penjual akan menawarkannya secara sideload selepas peranti dibeli. Oleh itu pengguna di China menggunakan gedung aplikasi pengeluar peranti atau yang disediakan oleh pihak ketiga.

Terbaru, Honor dilihat akan menawarkan GMS di China secara rasmi pada peranti pasaran China. Informasi ini diperoleh melalui borang pendaftaran ujian beta MagicOS untuk peranti Honor terpilih. Setakat ini peranti yang disenaraikan adalah Honor Magic V2, Honor Magic V2 Ultimate Edition, Honor Magic 5, Honor Magic 5 Pro dan Honor Magic 5 Ultimate Edition. Terdapat pilihan “lain-lain” yang mencadangkan Honor mungkin merancang untuk menawarkan GMS pada peranti model lama.
Dengan GMS terpasang, peranti dari China boleh diekseport ke negara lain dengan lebih mudah dana pada waktu yang sama pengguna dari China boleh menggunakan Play Store apabila pergi ke luar negara.

Ini tidak terkejut kerana beberapa peranti keluaran China dengan sistem operasi tanpa GMS, sedia mempunyai Google Play Services dan beberapa perkhidmatan sistem Google terbina cuma telah dimatikan. Contoh adalah Oppo, OnePlus, realme dengan Xiaomi mempunyai aplikasi pihak ketiga yang mudah melakukan pemasangan GMS ini.
- Sumber
- Gizchina