Xiaomi MS11 ialah kereta elektrik pertama mereka yang sudah dibangunkan sejak 2021 dengan ia menyasarkan pelancaran pada tahun 2024. Rekaannya bukan lagi misteri kerana imej pengolokan tertiris pada awal tahun ini. Minggu ini imej MS11 yang sedang melalui proses ujian di China pula telah tertiris. Ujian dilakukan di lebuhraya Urumqi-Changji yang bercuaca panas.

Komponen utama kenderaan telah disorokkan dengan panel penutup bagi mengekalkan rahsia rekaan akhir. Tetapi kereta ini disahkan mempunyai empat pintu dan bukan sebuah keran prestasi tinggi seperti Tesla Roadster.
Sebelum ini Xiaomi mengatakan MS11 akan dilancarkan dalam kategori yang sama dengan Tesla Model 3 dan BYD Seal yang mampu milik. Ura-ura mengatakan ia bakal mempunyai bateri dengan kemampuan jarak perjalanan sehingga 800 km.

Xiaomi sebelum ini mengatakan projek kereta elektrik pertama mereka berjalan mengikut jadual dengan ia akan dilancarkan pada H1 2024. Dengan pasaran kereta elektrik semakin sengit khususnya di China, tidak diketahui sama ada Xiaomi boleh bersaing dalam industri yang asing untuk mereka.
- Sumber
- CarNewsChina