Pada hari ini, Starlink dijual terus kepada pengguna melalui laman web rasminya – membolehkan pengguna mendapatkan sebuah peranti khusus, serta membayar langganan bulanan dalam mendapatkan internet yang dipancarkan terus melalui satelit di angkasa.
Menyentuh mengenainya, TM menyatakan mereka merupakan pembekal rangkaian untuk Starlink. Pada masa yang sama, mereka turut menjangkakan kemungkinan wujudnya perkongsian antara TM bersama Starlink dalam arena peruncitan.
Sekiranya wujud kerjasama tersebut, maka TM mungkin menjual produk Starlink melalui penawaran mereka. TM sendiri pada hari ini sedia mempunyai perkhidmatan jalur lebar talian tetap dan mudah-alih. Penambahan Starlink dijangka menjadi pelengkap, sekaligus membolehkan TM menawarkan perkhidmatan internet di kawasan yang tidak dapat dicapai oleh mereka.
Buat masa ini, ia sekadar komen awal sahaja, dan tidak diketahui sama ada perkara ini akan menjadi kenyataan atau sebaliknya.