Huawei dan Ericsson kini mengumumkan kerjasama dari segi paten yang meliputi sejumlah teknologi rangkaian, termasuk untuk rangkaian 3G, 4G, dan 5G. Dengan kerjasama ini, kedua-dua pihak meliputi kerjasama untuk rangkaian infrastruktur dan juga peranti untuk pengguna.
Ia tidak diumumkan berapa lamakah tempoh perjanjian paten ini.
Mengikut anggaran, Huawei dikatakan memegang sekitar 20% paten 5G global buat masa ini, memperlihatkan pelaburan yang tinggi oleh syarikat China berkenaan dalam memperkukuhkan kedudukan dalam arena komunikasi. Kerjasama ini juga memberikan akses kepada Huawei untuk paten yang tidak dimiliki, serta membolehkan mereka terus menawarkan perkhidmatan infrastruktur – dan mungkin juga dapat melihat ia diperluaskan kepada arena peranti mudah-alih.