Peminat tegar permainan video lumba kereta akan membeli set stereng dan pedal yang harga jualannya bermula sekitar beberapa ratus ringgit. Bagi mereka yang merasakan diri mereka peminat tegar Porsche, pengeluar kereta prestasi tinggi dari Jerman ini mula menawarkan stereng permainan video pada harga lebih mahal berbanding sebuah kereta biasa.

Stereng permainan video Porsche 911 GT3 Cup diubahsuai daripada stereng kereta sebenar dengan bahan binaan gentian karbon. Ianya ringan dan mempunyai kesemua suis dan pedal menukar gear yang digunakan oleh pemandu kereta lumba. Ia juga akan ditawarkan dalam jumlah terhad 150 unit sahaja. Pada waktu ini stereng ini hanya boleh digunakan pada sebuah PC menerusi sambungan USB.

Bagi yang berminat stereng Porsche 911 GT3 Cup ini dijual pada harga $10,475 (~RM48,604) sebuah dan boleh digunakan pada kebanyakan permainan video simulasi kereta utama di PC.
- Sumber
- Porsche