Ada yang kecewa apabila Casio menawarkan lima model jam ikonik mereka dalam bentuk cincin beberapa minggu lalu kerana ia tidak berfungsi. Sekadar cinjam (atau jamcin?) olok-olok menghias jari. Minggu ini Casio menawarkan pula tujuh model ham ikonik dari siri G-Shock di Malaysia dalam versi Clear Remix yang lutsinar.
Model G-Shock yang ditawarkan ialah DW-5000, DW-5600, DW-6900, GA-110, GMA-S110, GA-2140RX dan GMA-S2140RX. Ia merangkumi sejarah 40 tahun siri jam tahan lasak G-Shock yang cukup diminati ramai. Tubuh serta tali kesemua jam-jam tangan ini adalah lutsinar menampakkan komponen dalam dengan jelas. Hanya bahagian kancing jam sahaja diperbuat daripada logam.
Di Malaysia siri G-Shock Clear Remix dijual pada harga antara RM755 hingga RM1,145 menerusi kedai atas talian Casio, kedai fizikal G-SHOCK Stores dan G-Factory.