Touch n Go eWallet kini menambah sebuah ciri baharu dengan fokus terhadap data peribadi, iaitu MyCyberShield. Melaluinya, ia menawarkan pelan langganan berbayar yang memberikan nofikasi kepada pengguna serta-merta apabila data peribadi pengguna mengalami kebocoran.

MyCyberShield ini secara asasnya memantau alamat emel pengguna (yang boleh ditambah untuk dipantau), dan seterusnya memberikan notifikasi atau emel apabila terdapat sebarang kebocoran. Ciri ini pada TNG eWallet dijayakan bersama kerjasama pihak F-Secure.
Dari segi langganan, TNG eWallet menawarkan ia pada harga RM9.99 untuk tiga bulan, atau RM18.99 untuk enam bulan, atau RM36.99 untuk 12 bulan.

Untuk makluman, terdapat juga beberapa perkhidmatan percuma yang menawarkan perkhidmatan lebih kurang sama, termasuk Have I Been Pwned dan Firefox Monitor.