Carian
Apple Dijangka Membawa Perubahan Besar Pada iPad Pro Seawal 2024
August 28, 2023 Aman

Arena tablet boleh dikatakan tiada perubahan drastik sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Apple kini dilaporkan ingin mengubah perkara tersebut seawal tahun 2024 kelak, melalui keluarga peranti iPad Pro mereka. Walaupun menerajui arena tablet, namun, angka jualan iPad semakin mendatar sejak beberapa tahun ini – membuatkan Apple untuk hadir dengan perubahan besar pada iPad Pro ini kelak.

Menurut laporan Bloomberg, iPad Pro baharu kelak akan hadir dengan rekaan yang dikemaskini menyertakan skrin OLED yang sedikit besar, selain kemaskini pada aksesori seperti Magic Keyboard.

iPad Pro

Dengan perubahan ini, keluarga iPad Pro baharu dijangka hadir dengan pilihan skrin 11-inci dan 13-inci. Ia juga dijangka akan dijana dengan cip Apple M3 yang baharu – selari dengan apa yang digunakan pada MacBook. Dengan langkah ini, pengguna boleh menggunakan pelbagai perisian penyuntingan berkuasa tinggi tanpa masalah terus pada iPad.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi tarikh pelancaran iPad Pro baharu ini. Namun, dengan perkongsian terbaru ini, ia semestinya membuatkan pesaing Apple yang lain dalam arena tablet untuk turut memikirkan sesuatu yang baharu pada 2024 kelak.

Komen